Ehem..hem hem hem.. Ini coretan budak lepasan SPM. Ok. Selepas 3 minggu (rasanya) menutup tirai menjadi budak sekolah aku ditinggalkan di Perak untuk seminggu. Ok bukan saja-2 ye. I'm going for interview at UTP. Bukan Universiti Teknologi Pertanian ok. But Universiti Teknologi Petronas. Interview tu dipanggil EduCamp. Punya la awal aku pergi. Interview hari Khamis (13/12/2012). Aku pergi Ahad . Awalnya :O So, here we are. Aku orang yang sampai awal kat Perak but aku dapat group paling last. How could them. Lekha la paling awal. No dia A97 . Hilmi,Alif and Seefah Group B. Aku and Chua group C. Yeah my lucky number is C1 stands for Cokmar1 or Comel1. Muahaha! Perasan much. Who cares aite?
And petang lepas balik interview tuh, our family was heading to Pantai Teluk Batik. Tak excited sangat. Tak mandi pon because baru lepas hujan. And tak menyesal pun sebab kiteorang pegi Pulau Pangkor on the next day. Excited much nak pergi Pangkor. HAHA. Ok on Jumaat yang penuh barakah tu kiteorang bertolak ke Pulau Pangkor. Park kereta kat Jeti Lumut. Ramai gila orang sampai park kat tingkat berapa entah sebab parking penuh. And fyi, for the 2nd time aku naik feri after the 1st one masa tahun 6 time pergi Langkawi. Tahu tak betapa excitednya aku? Hahaha. And fyi, tiket pergi-balik RM10 for dewasa and RM5 untuk kanak-kanak.
And sesampainya kiteorang kat Pangkor, dah ketar kepala tengok laut. Biru ok air dia. Ok check in resort. Kiteorang check in kat Purnama Beach Resort. And sangat sangat sangat murah rasanya. because RM 150 for a night. Murah la kan? Bilik pon agak besar. Dekat dengan pantai. So korang tak payah nak ambik cab yang sekali naik RM20 kalau nak ke pantai. Tempat makan pon dekat. Jalan sikit je. Tempat shopping pon dekat. Harga boleh tahan la. Then rehat-2 dulu. And dalam pukul 1 rasanya kiteorang pergi ke pantai. SNORKELING bebehh. Adik la beria. Orang tu bawak pusing2 pulau and berhentikan kiteorang kat satu pulau untuk snorkeling. Pergi balik for RM120. Taklah mahal sangat. lagi pun berbaloi tempat dia boleh lah cantiknya. Tengok2 ikan, menyelam. Kat sini aku belajar berenang. HAHA. Ok selama ni aku tak pandai berenang ok. Ayah I ajar berenang. Haha
And kiteorang balik ke pantai dalam pukul 4. And mandi kat pantai pulak. Ayah hire jet ski pulak. 30 minutes RM100. Agak mahal la sebenarnya kat sini. Ingat nak naik banana boat tapiiii... untuk satu kepala dia charge RM15. Mahal gilaaaa. Lagipun time tu dah hujan So, terus balik bilik untuk mandi and get ready untuk dinner. meh citer pasal makanan. Makanan kat sini boleh tahan la. Berbaloi bayar. Sedap-2. After dinner. it's shopping time!! Perempuan memang suka ok. Lagi2 ayah aku tak menetapkan sebarang limit. Memang best. Hahah. And akhirnya aku rembat 3 baju and 3 skirt. Kesah? Duit orang dah bagi. Kena guna sebaiknya. Penat berjalan, balik chalet.
Ayah je takde dalam gambar ni kalau tak cukup one happy family. Jangan tanya kenapa aku feminin sangat kat situ. --"
And the next day, ayah ajak mandi pantai lagi. Masing-2 sedap tido lagi. So, make a decision taknak mandi pantai and terus bersiap nak balik. Then time breakfast tengok orang ramai mandi pantai. Adik aku la beria nak mandi. Ayah tak bagi dah sebab nak balik dah. And adik aku protes sampai kat lipis tau. Haha. And after breakfast kiteorang ambik van sewa wane pink untuk pergi jeti. Before sampai jeti orang tu bawak pusing2 pulau dulu. Pegi tempat buat ikan masin semua tuh, muzium, kota belanda, blalalalaaa. And finally ke jeti pangkor. And say bye to Pangkor.
Nampaknya panjang gilaaaaaaaaaaaaaa post kali ni. Ok. memang takde orang baca but ada aku kesah? Hahahaahaha. Ok. Bai. Now tengah tunggu keputusan UTP. Aku rasa aku tak dapat. K. Assalamulaikum.